top of page

NOTA SEMINAR ILMU MIZAN SIRI 4: IBRAH KISAH MARYAM

NOTA SEMINAR ILMU MIZAN SIRI 4: IBRAH KISAH MARYAM

21 OGOS 2016, MASJID NEGARA KUALA LUMPUR

IBRAH KISAH MARYAM AS


MUQADDIMAH


Di hujung sesi ini, diharapkan anda akan mendapat 3 perkara berdasarkan pengalaman anda sendiri


Muharrara. Kesungguhan seorang ibu yang mahukan anak dibebaskan oleh Allah dari sebarang kehambaan kecuali kepada Allah; MUHARRARA (merdeka). Maryam komited belajar kitab dengan guru terbaik ketika itu, Zakariyya. Kisah ini lebih banyak dalam Surah Ali Imran. Allah swt menyebutkan 4 keluarga yang terbaik:

  1. ADAM

  2. NUH

  3. IBRAHIM

  4. IMRAN


Kemanisan ibadah. Kisah Maryam seharusnya menginspiraskan kita untuk lebih khusyu’ dalam ibadah, lebih merasa kemanisan dalam beribadah.


Jika kita sekadar belajar, mungkin menghadapi risiko menjadi sekadar Faqih. Menggunakan kebijaksanaan dan ilmu tetapi tidak menggunakan hati. Ibrah kisah Ahli kitab Yahudi di Madinah yang tanpa rasa bersalah


Kesalehan, Doa yang mustajab, Saleh kedudukannya bukan di minda, tapi di hati


Muqaddimah: Al Quran bukan buku sejarah, terdapat banyak kisah dalam Alquran, tetapi semuanya ada satu persamaan. Al Quran bukan menceritakan dalam bentuk yang teratur seperti kisah biasa. Hanya babak-babak tertentu yang Allah swt paparkan.


Perkataan ibrah berasaskan perkataan abara iaitu “menjambatani”/ jambatan. Al Quran turun untuk memberikan penunjuk, bukan maklumat


STRUKUR KISAH


(A) PERMULAAN KISAH MARYAM - DALAM SURAH ALI IMRAN


TEMA: PARENTING/ PENDIDIKAN - KISAH KELUARGA IMRAN

JENIS: Madiniyyah, tetapi susunannya (di Lauh Mahfuz) terdahulu sebelum Surah Maryam


Kisah dalam Ali Imran - sebelum kelahiran Maryam AS

Peristiwa Nabi zakariyya bertemu dengan Maryam AS


(B) BABAK SELEPAS ALI IMRAN - DALAM SURAH MARYAM


TEMA: WANITA - KEMULIAAN WANITA YANG ALLAH NAMAKAN SENDIRI SEBAGAI MARYAM

JENIS: Makiyyah


Pertemuan Jibrail dengan Maryam AS

Peniupan roh Isa AS ke dalam Maryam AS


SURAH ALI IMRAN 3:33-37


Allah swt memilih 4 keluarga yang di”lebih”kan: Adam, Nuh, Keluarga Nabi Ibrahim, Keluarga Imran


Istafa - Safwah - penyaringan, penyucian


Apakah yang ada di awal surah ini? “Dan kamu diberikan cahaya yang dinamakan Furqan” Permulaan Surah Ali Imran dari awal hingga ke ayat ke 33, banyak memuliakan seseorang hanya dengan Al Quran


Susunan yang cantik: Al Baqarah mengisahkan Al Maghdub, Ali Imran mengisahkan Ad Dhalleen (Nasrani)


Allah swt menurunkan Surah Ali Imran kira-kira 10 tahun sebelum kewafatan, ketika Rasulullah saw didatangi segolongan pendeta Nasrani. Pengetahuan Rasulullah saw secara detail kisah ibu kepada Maryam sendiri mengagumkan pendeta-pendeta


Menurut Israeliyyat, bonda Maryam bernama Hannah

Allah swt bermula dengan kesimpulan, “begin with the end in mine"


Wallahu Sami’ ul A’lim! Ini sebenarnya point kisah ini. Allah swt mendengar dan mengetahui. 2 daripada 99 Asma’ul Husna. Ini rupanya pengajaran kisah ini, hakikat 2 nama Allah ini.

“Iz” = Ingatlah. Ketika ingatlah satu kisah, satu kisah ini sahaja; untuk mengukuhkan poin asal iaitu Allah Sami’ dan Alim


Penggunaan perkataan imra’at kepada isteri Ali Imran - kerana beliau tidak mempunyai zuriyyat (Imra’at vs Zaujah)


Imran Ayah kepada Nuh dan Musa (isterinya bernama Yukabit -Jacobit). Beribu tahun kemudian, seorang lagi Imran pada zaman Maryam AS merupakan ayah kepada Maryam, memberi “hint” bahawa nama yang baik akan meneruskan legasi tokoh hebat sebelumnya. Maryam bukan bahasa Arab, nama dalam bahasa lain ditinggikan oleh Allah juga.


Ibu Maryam, Hannah percaya Allah swt dekat dengannya, beliau mengatakan “rabbi” bukan Yaaa Rabbi! sekalipun.


3:33 Hannah bernazar menjadikan apa yang dalam perutnya MUHARRARA. Kemudian Hannah berkata “Fataqabbal minni”


3:36 Bukti Allah mendengar (As Samii’)

“Rabbi Inni wadha’tuha untha” - Hannah berkata

“Wallahu a’lamu bi ma wadha’at, walaisa azzhakaru kal untha” - Allah respon! (bukti Sami’na wa ata’na), dan seterusnya mengangkat kedudukan wanita. Jibrail juga

PERINGKAT 1: Bunyi seperti rintihan; tapi penerimaan

PERINGKAT 2: Pyengiktirafan

PERINGKAT 3: Semangat + visi jangka panjang- menamakannya Maryam, mencari perlindungan daripada peliharaan Allah dan zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang direjam (musuh sebenar)


Pandangan jauh berdsarkan didikan oleh suaminya Imran - imam muda berusia 40 tahun;

Pengganti Nabi Zakariyya di Baitul Maqdis


3:37 Allah memustajbkan doa Hannah dengan kemustajaban yang luar biasa- lebih dari yang disangka


Rabb = 3P maksud

Pemberi (apa yang tak diminta dalam doa - diberi kerana sifat Rahman)

Pemelihara (maintenance - protector, secara berterusan)

Pemilik (tuan, kepada kita yang hamba)


“Maryam diterima oleh Rabbnya dengan sebaik-baik penerimaan" menumbuhkan (anbata) Maryam menerusi:


Pendidikan

“wakaffala” (takaful - perlindungan) iaitu di bawah penjagaan Nabi Zakariyya (pengajaran: anak diberi peluang duduk dengan orang yang lebih tua; ada masa untuk sekolah, ada masa dengan orang tua)


“anbata nabatan hasana” dengan perkataan ini Allah memberi hint yang sangat jelas


Ibrah benih yang tumbuh. Allah beri air, matahari cahaya tetapi benih itu sendiri perlu berusaha untuk keluar melawan tanah


Pengajarannya, Maryam bukan sahaja diberi keluarga didikan dan faktor luaran yang terbaik, beliau sendiri juga ada kemahuan berkat doa ibunya


Kembali ke ayat 3:37, Allah swt memberikan kepada Maryam apa yang tidak diberikan kepada orang lain


Hasil pertumbuhan yang baik ini ialah “hasil” atau “buah-buahan” di mana Nabi Zakariyya SETIAP KALI (kulla ma) menemukan kepada Maryam (yang dalam mihrabnya - harab; tempat “bertempur” dengan hawa nafs, syaitan; zon peribadi) sedang menikmati rezeki (yang luar biasa)


Jawapan Maryam sungguh menakjubkan - “Hua min indillah”; bukannya “Haza min indilah”


Hua - semua dan seluruhnya sebelumnya

Haza - ini. spesifik untuk makanan yang ditemukan di waktu ketika itu sahaja


Maryam meneruskan rezeki itu terus kepada Allah; dan mengalih perhatian daripada kehebatan dirinya sendiri


Maryam diberi latihan untuk menuju kepada peringkat yang lebih susah seterusnya; untuk menerima perkara yang ajaib dan tidak masuk akal - sebagai takdir Allah swt


Reaksi Zakariyya bukannya merasakan keajaiban Maryam (pengajaran: kalau kita melihat perkara ajaib berlaku kepada seseorang, kita menganggap karamah dan mengharapkan doa mereka untuk kita); Zakariyya langsung terus menghadapkan doanya kepada Allah swt meminta untuknya juga dari sisiMu zuriat keturunan yang baik - berdasarkan kesaksian kisah Maryam itu


“Rabbi habli” - Habb merumuskan suatu perasaan yang mengharapkan kepada sesuatu yang tidak berkadaran


"min landunka zhuriyyatan” - maksudnya kita percaya bagaimana cara Allah swt akan mencapaikan hajat kita itu akan menjangkau perkiraan kita; kita tidak tahu bagaimana tetapi percaya seratus peratusnya Allah swt akan mencapaikan hajat itu


Zakariyya memintakan anak bukan sebarang anak tetapi anak yang tayyiban


3:39 Allah terus memustajabkannya doa baginda KETIKA Zakariyya berdiri sembahyang di mihrab (suasana – di dalam zon sendiri)


Pengajarannya: solat yang sebelum doa itu yang penting. Dalam segala doa, yang paling besar ialah “Ihdina as siratal mustaqim”- tiada yang lebih penting

3:42


Istighfar = punca rezeki

Kisah ibn Mas’ud: orang meminta nasihat mendapat anak, tijarah (perniagaan), merujuk kepada isteri (Ibn Mas’ud memetik kata Nabi nuh dalam al Quran)


3:43 Malaikat pada mulanya selepas meletakkannya pada tempat yang tinggi, Allah menyarankan Maryam taat kepada tuhanmu (“Qunuti" - dengan konsisten), Sujud dan Rukuk dengan orang-orang yang rukuk


3:44 Allah mengisahkan kisah agamawan-agamawan yang berebut mencampakkan pen (“qalam”) masing-masing untuk menjaga maryam:

Hint: orang yang belajar membuat tafsiran dan menggunakan pen untuk MENULIS SEMULA = orang yang menjual agama supaya agama dan taurat lebih popular; Allah memerli mereka

Allah memberikan tanggungjawab menjaga maryam yang mulia kepada orang yang hatinya bersih iaitu Zakariyya


3:45-46 kali ke-dua Malaikat

Tujuan Mukjizat untuk membuang segala keraguan (zalikal kitabu la raibafih)


Maryam diberi

  • “Wajihan fid dunya” - wajahnya dikenali di seluruh dunia

  • “wa fil akhirat” - dan di akhirat

  • muqarrabin - diangkat dekat dengan Allah (aqrab- dekat)

  • “wa yukallimunnas fil mahdi” dan akan berkata-kata semasa dalam buaian (kecil) “aku bukan Anak Allah tetapi Allah"

  • “wa kahla” dan semasa ia dewasa “aku belum lagi mati dan tidak dihidupkan semula”

  • “wa min as salihin” di kalangan orang-orang soleh, pada akhirat bukan sebagai ketua tetapi sebagai orang-orang soleh di bawah pemimpin ketika itu (jumhur para ulama pemimpin itu Imam Mahdi)


3:47 Maryam lantas meluahkan perasaan kepada Allah secara langsung. Allah swt menceritakan “begitulah keadaannya, Allah menciptakan apa yang diinginkanNya”


Pengajaran: Nabi Isa sekadar CIPTAAN Allah, bukannya anak


SURAH MARYAM 19:16-22


Dengan pemergian sahabah Jaafar Bin Abi Talib berdakwah ke Raja Kristian Habsyah Raja Najashi; negara Kristian. 19:16 disuruh Nabi Muhammad oleh Allah menceritakan perihal Maryam

Allah memulakan Surah Maryam


Gear 1 keajaiban - Allah swt mentakdirkan dalam rahim isteri Zakariyya walaupun mandul

Gear 2 keajaiban - Maryam mengandungkan Isa AS tanpa suami

Gear 3 keajaiban - kelahiran Adam tanpa ibu tanpa ayah


19:16 Maryam pada mulanya meninggalkan keluarganya, memencilkan diri/ mencampakkan (izhin tabazhat) diri atas kerendahan diri ke arah timur; kerana kurang orang ke arah matahari- terik matahari dhuha; simbolik kepada “cahaya” wahyu


pengajaran: Allah selalu mengaitkan kejahatan dengan “kegelapan"; wahyu, kerasulan dengan “cahaya”


19:17 Maryam membuat dinding di antara dirinya dengan roh (Malaikat Jibrail) dimunculkan dalam bentuk lelaki yang tampan. Maryam takkan mampu menghadapi Jibrail dalam bentuk sebenarnya


19:18 Maryam memohon perlindungan daripada Allah swt Maha Penyayang (Ar-Rahman) - daripada mu - jika engkau orang yang bertaqwa (yang takutkan Tuhan). Maryam tidak menggunakan perkataan Allah swt Jabbar, besar, pembalas etc, tetapi Allah yang penyayang (kerana percaya Allah swt sayangkannya)


19:19 Penggunaan silah mubaghalah: “zakiyyah” suci sesuci-sucinya


19:20 “aku bukan baghiyya” (rujuk nota penuh: diagram)


19:21 “fa hamalathu” dan bukan “fa lamma hamalathu”;

“fa” menjadi dalil yang pertumbuhan anak dalam perut Maryam itu begitu pantas

“fantabazhat bihi makaanan Qasiyya”

Qasiyya - sighat mubaalaghat - jauh yang sangat jauh


SURAH AL MU’MINUN


23:50 “Kami menjadikan Isa dan ibunya Maryam sebagai ayat (tanda), dan menempatkan keduanya di tanah tinggi, tempat tinggal yang ada tanaman dan mata air mengalir”. Secara logiknya tempat tinggi di padang pasir terlalu panas, takkan dipanjat jika tiada apa-apa


SURAH MARYAM 19:23-36


19:23 Keluhan Maryam;

“Nakhla” pokok tamar yang kering, tidak berbuah - indikator waktu itu musim panas. Katanya “Ya Laitani, mittu qabla hazha wakunta nasiyyan mansiyyan. Keluhannya “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang”

  • bukan kerana malu

  • tetapi kerana khuatir menimbulkan fitnah kepada agamanya (sebagai ustazah, daie, status sebagai anak keluarga Imran imam besar Masjid al Aqsa)


19:24 diseru dari bawahnya, sabar (oleh:)

  • Jibrail di bawah bukit

  • Nabi isa sendiri (bayinya)


19:25 goncangan dengan kuat batang pohon tamar

  • “huziyy” goncang dengan sekuat-kuatnya

  • “bikhizh’i” batang, bahagian yang paling kuat

  • “janiyya” kurma sebelum menjadi tamar, yang segar


19:26 kata-kata Isa kepada Ibu

  • makan, minum, bertenang

  • nazar berpuasa (saum, bukan siyyam) - puasa zaman dahulu termasuklah puasa dari berkata-kata

  • “ibu jangan berkata apa-apa, tugas menerangkan adalah tugas saya”


19:27 lantas Maryam dengan penuh kasih sayang mendokong anaknya kembali ke Baitul Maqdis, ditegur oleh orang “Ya Maryam, engkau telah melakukan sesuatu perkara yang besar salahnya”


19:28 “Ya Ukhta Harun”

  • Harun telah menjadi tradisi orang Israel adalah orang yang dikagumi, maka Maryam mendapat title saudara perempuan Harun

  • “Ayah kamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat”


19:29 Kerana Maryam sedang berpuasa, ditunjukkan anaknya lalu digelakkan


19:30: (1) “aku hamba allah”, (2) “aku dipilih untuk diberikan kitab”, (3)


19:31-34: deskripsi nabi isa

  • (Al Masih - yang diusapkan kepalanya)

  • di mana sahaja aku berada - menunjukkan nabi isa akan banyak berjalan/berpergian

  • berbuat baik kepada ibuku


NOTA PENUH DI:

http://www.slideshare.net/MIZAN_Sisters/nota-sim-42016-ibrah-kisah-maryam




Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page