top of page

BEDAH MOVIE: IN THE HEART OF THE SEA

  • Apr 4, 2016
  • 1 min read

Fasilitator Aniq telah diberikan tugas untuk memberikan ibrah dan penjelasan filem yang telah ditonton itu dengan lebih jelas. Aniq telah memberikan nilai baik dan nilai buruk manusiawi yang wujud dalam filem tersebut.


Filem tersebut lebih mengambarkan keegoan dan kesombongan seorang manusia yang terhadap alam semula jadi. Keangkuhan itu wujud pada golongan atasan yang tidak pernah mendengar nasihat orang bawahannya. Malah, ketamakkan juga wujud apabila mereka berkeras juga untuk memburu ikan paus yang begitu besar kerana untuk mendapatkan minyak ikan paus semata-mata.


Namun, mereka gagal akhirnya dan tersadai di tengah-tengah lautan yang jauh dari daratan. Disamping itu juga, mereka terpaksa makan daging manusia ataupun crew kapal mereka sendiri kerana bekalan makanan mereka sudah habis. Kejahilan dan kehilangan tamadun manusia jelas terpapar dalam filem ini. Selepas itu, peserta mendapat pendedahan yang cukup jelas apa nilai-nilai manusiawi yang perlu dijaga agar hubungan ukhwah sesama manusia terpelihara dan dirahmati Allah swt. Setiap peserta juga diminta untuk berkongsi ibrah yang mereka dapat dalam filem ini.


Turut dijalankan ialah aktiviti taaruf, tahkirah dan qiyamullail.


Secara keseluruhannya program ini mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan antaranya merapatkan hubungan di antara mahasiswa dengan Kelab Sahabat Masjid melalui pengisian yang lebih padu dan berkesan serta menanam semangat kesedaran yang tinggi di kalangan seluruh masyarakat dan golongan yang pro-aktif tentang peranan mereka dalam masyarakat.



Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

1-2, Jalan Putra 3, Taman Putra Kajang 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

+603-8740 6344 | hikmah.wpkl@gmail.com

  • Instagram Social Icon
  • Facebook App Icon
  • Twitter App Icon
  • YouTube App Icon

© 2016 | HIKMAH Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Proudly created with Wix.com

bottom of page