NOTA IBRAH KISAH 3 WANITA DI SEBALIK NABI MUSA AS
Surah al-Qasas: surah yang menceritakan babak Musa selepas kelahiran hingga kerasulan dan menjadi surah paling panjang membawa kisah Nabi Musa di dalam Al-Quran.
Terdapat 3 bala tentera Allah di dalam kisah ini.
1) Air yang membawa Musa ke istana firaun
2) Hati Asiah
3) Kakak Musa.- kisah Ibu Musa-.Pada ketika kezaliman firaun di bumi Mesir dengan menjadikan penduduknya berpuak, membunuh anak-anak lelaki & membiarkan hidup anak-anak perempuan, Allah telah mengilhamkan kepada Ibu Musa dengan 3 perintah dan 2 jaminan (al-Qasas: ayat 7).
3 perintah:
1) susukan Musa - hubungkan kasih sayang
2) letakkan di dalam peti - hanya apabila betul-betul merasa takut dan terancam
3) lepaskan ke laut - letak dengan cepat & tinggalkan.
2 jaminan:
1) Allah akan kembalikan Musa kepada ibunya
2) Allah melantik Musa menjadi Rasul.
Ibrah:
1) Allah sayang kita dengan memberi ujian kepada kita
2) Setiap yang Allah perintahkan, pasti ada hikmah
3) Bersangka baik dengan perintah Allah
4) Setiap kesusahan pasti ada kebaikan
5) Jangan terlalu fikirkan/risaukan hal hari esok kerana Allah dah rancang yang terbaik untuk kita.
6) Jangan menyesal dengan perkara yang terjadi semalam kerana ianya juga adalah rancangan dari Allah.
7) Pegang dengan prinsip tawakal.
8) Orang yang soleh, Allah akan bagi ilham atas permasalahan.
Kisah Asiah - Bala tentera Allah iaitu Air, telah membawa Musa ke dalam istana firaun. Dengan tujuan untuk menjadikan Musa musuh yang nyata bagi firaun. Sehingga di jumpai oleh keluarga firaus sendiri. Walhal di luar istana, bala tentera firaun sedang gigih membunuh bayi-bayi lelaki. Pada ketika detik Musa di pungut, itulah detik berlakunya kemusnahan firaun. (al-Qisas: ayat 8)
Hati Asiah adalah bala tentera Allah. Allah telah mencampakkan rasa kasih sayang pada Asiah. Asiah memujuk firaun untuk tidak membunuh Musa. Dan menyatakan semoga bayi tersebut berguna kepada mereka dan ingin menjadikan bayi tersebut sebagai anak. Sedangkan mereka tidak tahu dan sedar apa yang sedang berlaku. (al-Qisas: ayat 9).
Ibrah
1) Dengan kasih sayang, kita akan perolehi keimanan.
2) Orang yang mudah mengasihi, akan mudah di kasihi
3) Perkara yang di rasakan kebetulan adalah sebenarnya perancangan Allah. Segalanya adalah di dalam pengetahuan Allah.
Semasa tempoh Musa di hanyutkan ibunya di sungai tersebut, hati ibu Musa sangat resah. Ibu Musa nyaris-nyaris ingin menceritakan perihal Musa kepada orang lain. Allah mengatasi makhluknya. Allah yang memegang hati-hati makhluknya. Allah tetapkan hati ibu Musa dengan perasaan sabar dan tenang & tenteram supaya ibu Musa tetap percaya dengan janji-janji Allah. (al-Qasas: ayat 10)
Kisah Kakak Musa Ibu Musa yakin pada Allah, tetapi ibu Musa perlukan bukti. Ibu Musa meminta kakak Musa untuk mengintip & mencari khabar berita perihal Musa. Kakak Musa adalah seorang yang taat pada Allah dan ibunya. (al-Qasas: ayat 11) Bala tentera Allah yang ke - 4 adalah bibir Musa yang tidak mahu terima susu selain daripada susu ibunya sendiri. Allah telah mengharamkan ke atas Musa susu selain dari susu ibu Musa. Kakak Musa yang terlihatkan hal tersebut, telah menawarkan kepada kelurga firaun untuk tunjukkan orang yang boleh menjaga Musa untuk mereka. Oleh itu, Allah telah kembalikan Musa kepada ibunya supaya ibunya kembali tenang hatinya dan tidak bersedih. Juga untuk menunjukkan janji Allah itu benar. (al-Qasas: ayat 12 & 13) Ibrah: 1) kakak Musa seorang yang taat pada Allah dan ibunya. 2) kakak Musa seorang yang berani dan bijak. 3) Janji Allah itu benar 4) Allah adalah pemilik hati-hati hambanya.