top of page

Menentang Pedofilia di Malaysia


Jun 23, Kuala Lumpur - HIKMAH Wilayah Persekutuan telah menghadiri Wacana Intelektual Wanita IKRAM yang memberikan fokus kepada Pedofilia: Sejauh Mana Kita Diancam. Negara dikejutkan dengan pendedahan ancaman pedofilia. Pedofilia dan pornografi adalah Pelanggaran hak asasi kanak-kanak.


Mei tahun lalu, pelajar Malaysia di Imperial College dijatuhkan hukuman penjara kerana kesalahan memiliki bahan lucah. Terbaru: Richard Huckle dilaporkan melakukan jenayah seks kepada kanak-kanak di Malaysia sekitar tahun 2006-2014.


Ancaman merentasi sempadan negara melalui internet. Kebanyakan penjenayah pedofilia akan mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian ibu bapa dan naif. Kanak-kanak yang cenderung menjadi mangsa pedofilia ialah kanak-kanak di dalam keluarga yang memiliki kualiti kualiti komunikasi yang lemah dan enggan berbincang secara terbuka topik berkaitan seks yang dianggap 'taboo'.bubapa perlu mengambil berat jika anak-anak berkongsi pengalaman sebagai mangsa seksual. Ibubapa perlu mendidik anak-anak agar tidak menjadi mangsa dan pemangsa. Ibu bapa perlu lebih berhati-hati dalam berkongai gambar anak-anak di laman sosial.



Disarankan agar hukuman lebih berat dikenakan kepada pemangsa dan diasingkan dari masyarakat.


وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ نِكَاحًا حَتَّىٰ يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ ۗ وَالَّذِينَ يَبْتَغُونَ الْكِتَابَ مِمَّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ فَكَاتِبُوهُمْ إِنْ عَلِمْتُمْ فِيهِمْ خَيْرًا ۖ وَآتُوهُمْ مِنْ مَالِ اللَّهِ الَّذِي آتَاكُمْ ۚ وَلَا تُكْرِهُوا فَتَيَاتِكُمْ عَلَى الْبِغَاءِ إِنْ أَرَدْنَ تَحَصُّنًا لِتَبْتَغُوا عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۚ وَمَنْ يُكْرِهْهُنَّ فَإِنَّ اللَّهَ مِنْ بَعْدِ إِكْرَاهِهِنَّ غَفُورٌ رَحِيمٌ


Dan orang-orang yang tidak mampu kawin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan budak-budak yang kamu miliki yang memginginkan perjanjian, hendaklah kamu buat perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada kebaikan pada mereka, dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikaruniakan-Nya kepadamu. Dan janganlah kamu paksa budak-budak wanitamu untuk melakukan pelacuran, sedang mereka sendiri mengingini kesucian, karena kamu hendak mencari keuntungan duniawi. Dan barangsiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (kepada mereka) sesudah mereka dipaksa itu. (Surah An-Nur, ayat 33)




Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page