IBRAH DARI KISAH-KISAH ISTERI NABI NUH, ISTERI NABI LUTH DAN ISTERI ABU JAHAL
PENGENALAN
1. “KISAH” vs. “SURAH”
-Kepentingan “muqaddimah” surah sebagai “kata-kata kunci” dalam meraih ibrah.
-Memahami hanya sedikit tetapi “get the point” adalah jauh lebih baik dari mengejar untuk memahami banyak tetapi “get lost” (pemahaman kita).
-SIM kali ini menelusuri kisah 3 wanita yang telah dijanjikan Allah pembalasan azab neraka. Mereka adalah isteri Nabi Hud dan isteri Nabi Luth (yang dikupas melalui Surah Hud dan Surah At Tahrim) dan juga isteri Abu Lahab (melalui surah Al Masad).
-Adalah penting untuk kita sedari bahawa cerita-cerita mereka jatuh pada posisi nombor 2, pengajaran yang kita peroleh merupakan keutamaan nombor 1.
2. PRINSIP YANG PERLU KITA TERAPKAN BILA BERDAMPINGAN DENGAN AL QURAN
-Prinsip penting dalam pengajian AlQuran : Setiap surah mesti dibaca dari perspektif Quran itu, dimana kita harus mengambil kira situasi, norma, keadaan masyarakat atau tempat pada waktu tersebut.
-Ustaz Syaari juga berkongsikan fakta bagaimana Quran sebenarnya berbentuk “issue/situation oriented”. Apabila wujud situasi yang perlu ditegur atau perlu diperbetulkan, Allah menurunkan wahyuNya dalam bentuk ayat-ayat yang kini direkod di dalam mushaf Al Quran. Kerana inilah Quran terbentuk dalam tempoh in 23 tahun dan bukannya semua petunjuk, arahan mahupun larangan diturunkan Allah sekali serentak. Melalui “metodologi penurunan” ini, kita diharapkan untuk lebih menghargai ayat-ayat Al Quran. Setiap arahan mahupun tegahan akan kita kaji dan sedari hikmah disebaliknya. Ustaz Syaari juga mengingatkan bahawa kebanyakan daripada kita mungkin faham keseluruhan isi AlQuran tetapi belum tentu kita menghargai Al Quran sebagaimana Rasulullah S.A.W menghargainya sehingga baginda risau dan tertunggu-tunggu bila tiba suatu tempoh di mana baginda tidak menerima sebarang wahyu dari Allah S.W.T.
#sirahdisebaliksurah – Ramai mempelajari surah tanpa berterima kasih pada Rasulullah S.A.W kerana tanpa ujian mahupun kepayahan yang baginda lalui pada zaman dahulu, kita tidak akan mungkin dapat membaca dan menelusuri kisah-kisah yang dicatat di dalam Al Quran. Jadi adalah penting untuk kita memahami sirah di sebalik setiap surah dan bukan hanya mengejar pencapaian berbentuk duniawi semata seperti berapa juzu’ telah dihafal, berapa kali kita telah khatam Al Quran.
#konteksdisebalikteks – Fahamilah sirah dan ibrah di dalam Al Quran dan jangan taksub mengejar pencapaian “KPI” semata bila berdampingan denga Al Quran
Menyentuh pula pada penerapan unsur Israilliyat dalam kebanyakan kisah-kisah sirah yang kita pelajari selama ini, Ustaz Syaari berpendapat bahawa ilmu dan tafsiran para ulama’ soleh kita hormati dan pada Israilliyat hendaklah kita berhati-hati.
TEMA PERBINCANGAN SURAH HUD
1. “CAUSE-AND-EFFECT” – GAYA PENCERITAAN AL QURAN UNTUK 3 WANITA -Surah Al Masad : Dalam memastikan kita dapat menghayati ibrah lengkap dari kisah isteri Abu Jahal, Ustaz Syaari menegaskan bahawa kita harus mengkaji juga ayat 1 hingga ayat 3 dari surah tersebut dan jangan kita mengasingkannya dari ayat 4 dan ayat 5 (yang menyebut secara langsung tentang isteri Abu Jahal). Ini adalah untuk memastikan kita dapat melihat “the big picture”.
-Surah Hud (EFFECT) menjelaskan kepada kita bagaimana isteri Nabi Hud dan Isteri Nabi Luth mendapat pembalasan atas pengingkaran mereka.
-Surah At Tahrim (CAUSE) membantu kita memahami mengapa mereka menerima pembalasan yang diterangkan di dalam Surah Hud.
2. SURAH HUD : NABI HUD BERUBAH DARI SEORANG PENDAKWAH KEPADA JURUTERA
-Suatu masa dahulu, isteri Nabi Nuh dan Isteri Nabi Luth merupakan wanita-wanita beriman kerana mana mungkin nabi-nabi berkahwin dengan wanita-wanita musyrikah. Walaubagaimanapun, masa yangberlalu dan perkara yang telah berlaku pada waktu tersebut membuatkan mereka telah menyimpang dari jalan yang diredhai Allah.
-Pada ayat ke-37, Nabi Nuh telah menerima arahan dari Allah S.W.T untuk membina sebuah bahtera. Nabi Nuh yang sebelum ini berdakwah seluruh hayatnya, menukar pekerjaannya dari seorang pendakwah kepada seorang jurutera apabila Nabi Nuh memulakan kerja-kerja pembinaan bahtera.
-Pada ayat ke-38, kalimah wa yasna’ di awal ayat merujuk kepada ketelitian dan sikap professional Nabi Nuh dalam membina bahtera. Ini menunjukkan sifat teliti amat penting dan sangat dianjur untuk ada di dalam diri seorang Muslim.
-Menurut tafsiran para ulama’, ayat ke-38 merupakan ayat yang berkaitan dengan isteri Nabi Nuh. Dia terkejut dengan perubahan “kerjaya” Nabi Nuh dari seorang pendakwah kepada seorang jurutera sehingga dia berfikir yang Nabi Nuh telah jadi gila.
-Disebabkan celaan ini, pada ayat ke-39 Allah memberitahu bahawa golongan yang menghina Nabi Nuh akan ditimpakan azab berbentuk sementara di dunia ini dan akan ada pula golongan yang akan ditimpa azab kekal pada hari akhirat kelak. Peristiwa isteri Nabi Nuh ditenggelamkan banjir bersama kaum Nabi Nuh yang lain merujk kepada azab sementara yang disebut itu.
-Ayat ke-40 menjelaskan bahawa isteri Nabi Nuh merupakan sebahagian daripada orang yang dilarang dari Allah untuk dijemput naik ke bahtera setelah bahtera itu siap. Menurut tafsiran, ini terjadi kerana :
Isteri Nabi Nuh mencela dan berfikir Nabi Nuh gila dalam usahanya membina bahtera.
isteri Nabi Nuh telah membelakangi bukan sahaja suaminya malah arahan Allah. Ulama’ berpendapat ayat ke-40 ini seolah memberitahu bahawa mungkin isteri Nabi Nuh bertindak tidak seteruk kaum nabi Nuh yang lain, iaitu degil dan enggan menerima dakwah Nabi Nuh, tetapi isterinya telah mengkhianiati Allah apabila dia mempermainkan dan mengejek tindakan Nabi Nuh membina bahtera dan enggan menaiki bahtera tersebut. Sebagai isteri kepada seorang nabi, dia sepatutnya lebih memahami tindakan Nabi Nuh yang hanya mengikut perintah Allah. Maka disebabkan inilah dia tidak dibenarkan naik ke atas bahtera tersebut.
3. SURAH HUD : KERUNTUHAN MORAL KAUM NABI LUTH DAN MENGAPA SUBUH ITU UNTUK MEREKA YANG INGINKAN KEMENANGAN
Kisah Nabi Luth dan isterinya dimulakan dengan ayat ke-77 apabila Nabi Luth menerima tetamu iaitu malaikat yang datang dalam bentuk manusia lelaki. Terdapat tafsir yang menerangkan bahawa pada ayat ini, Nabi Nuh mengajar kita tentang adab dan hemah menerima tetamu. Diceritakan di dalam sirah bahawa sewaktu malaikat-malaikat yang menyamar sebagai manusia tiba di rumah Nabi Luth, Nabi Luth menyambut secara baik tetamu-tetamu yang tiba di depan rumahnya walaupun baginda tidak mengetahui tetamu-tetamu itu sebenarnya malaikat utusan Allah.
Setelah beberapa lama, Nabi Luth dapat merasakan ada perkara buruk bakal terjadi dan rasa cemas yang timbul dalam dirinya merupakan perasaan yang benar kerana tidak lama selepas itu rumah Nabi Luth dikepung oleh kaumnya yang menginginkan kepada tetamu-tetamu lelaki yang berada di dalam rumah Nabi Luth.
Ayat ke-78 menunjukkan yang Nabi Luth cuba untuk memujuk kaumnya untuk tidak menganggu tetamu-tetamu lelaki yang berada di dalam rumahnya. Apabila Nabi Luth menyebut “Wahai kaumku, di sini ada anak-anak perempuanku…” di dalam ayat ke-78, ulama menafsirkan bahwa yang dimaksudkan oleh Nabi Luth sebenarnya bukanlah anak-anakkandungnya tetapi para wanita dari kaumnya secara umum. Nabi Luth, yang merupakan seorang nabi, telah menanggap semua orang di dalam kaumnya sebagai anak Nabi Luth. Nabi Luth ingin menunjukkan pada kaum lelaki yang mengelilingi rumah Nabi Luth bahawa terdapat ramai wanita di luar sana yang lebih baik untuk mereka kahwini dan janganlah mereka behajatkan kepada tetamu-tetamu lelaki di dalam rumah Nabi Luth.
Ayat ke-79 menunjukkan kepada kita tentang jawapan dari kaum Nabi Luth yang masih degil menegakkan kerosakan moral mereka dan ayat ini diturunkan dalam bentuk dialog oleh Allah agar kita dapat memainkan dan membayangkan semula suara mereka lantas mengadili sikap kaum Nabi Luth yang begitu runtuh akhlak ini.
Pada ayat ke-81, Nabi Luth mendapat arahan untuk keluar dan meninggalkan rumah menjelang Subuh. Menurut tafsir Al-Alusi, beliau menyatakan hikmah disebalik azab yang tiba menjelang subuh dalam ayat ini adalah sebagai tanda kemenangan pada kebenaran. Satu metafora yang cukup indah adalah ibarat Allah ingin membuktikan pada kita bahawa walaupun kita dilanda “kegelapan” (ujian-ujian duniawi), cahaya Allah akan datang untuk mengeluarkan kita dari kegelapan itu. Subuh adalah waktu cahaya bakal tiba, Subuh merupakan waktu kemenangan dan seandainya kita teliti menjaga waktu Subuh kita, maka kejayaan dan kecemerlangan adalah milik kita.
Adalah menarik untuk dihayati bahawa dalam kisah Rasulullah, hijrah dan perpindahan banyak mengambil tempat di waktu malam namun kejayaan dan kemenangan beberapa peperangan di dalam sirah banyak berlaku di waktu pagi.
Mengenai isteri Nabi Luth, ayat ke-81 menunjukkan bahawa malaikat memberitahu bahwa Nabi Luth harus melarikan diri bersama-sama ahli keluarganya dan tidak menoleh kebelakang. Walaubagaimanapun, isteri Nabi Luth telah ingkar kepada arahan ini dan disebabkan itulah, dia ditimpa azab seperti kaum Nabi Luth yang lain.
TEMA PERBINCANGAN SURAH AT TAHRIM
1. KHIANAT SEBAGAI SEBAB KEPADA PEMBALASAN YANG DITERIMA ISTERI NABI NUH DAN NABI LUTH
Kata kunci yang merujuk kepada sebab pembalasan adalah pada kalimah “fakhonata huma” yang terdapat di dalam ayat ke-10.Kalimah ini diterjemahkan kepada “berlaku khianat” kepada suami masing-masing. Ulama’ menafsirkan juga bahawa khianat dalam konteks ini merujuk kepada kemunafiqan yang dilakukan oleh dua isteri tersebut.
2. HANYA AMAL IBADAH YANG AKAN MENENTUKAN PENGAKHIRAN KITA
Kata kunci yang kedua adalah “kanata” yang merujuk secara langsung kepada dua isteri ini. Mereka berada begitu lama di bawah peliharaan dan jagaan nabi-nabi Allah dimana mereka ditunaikan hak kasih sayang dan perlindungan namun mereka berdua berpaling tadah dari nikmat-nikmat Allah dan ingkar kepada perintah yang Allah turunkan kepada suami-suami mereka. Disebabkan inilah mereka ditimpa azab dan pengajaran dari surah At Tahrim ini juga menunjukkan bahawa sekalipun dua isteri ini mempunyai suami dari kalangan para nabi, itu tidak menjadi tiket jaminan buat mereka untuk memasuki syurga, Kita tidak akan dijanjikan syrga sekalipun kita bersuamikan ahli ulama. Hanya rahmat Allah yang akan menentukan kemasukkan kita ke syurga dan rahmat Allah hanya boleh kita peroleh melalui amal ibadah kita sendiri dan bukannya pangkat agama yang dipegang ahli keluarga kita.
3. TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA AHLI KELUARGA DARI NERAKA
Ibrah terpenting dari surah At Tahrim dapat dipetik dari ayat ke-6 di mana Allah menggesa orang-orangberiman untuk memelihara diri dan ahli keluarga dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu berhala. Walaupun kita akan diadili berdasarkan pada amal ibadah kita sendiri, namun atas dasar kasih sayang kita harus memastikan ahli keluarga kita yang lain tidak tersasar ke jalan yang dimurkai Allah. Sesungguhnya, tidaklah kita sanggup melihat ahli keluarga yang kita sayangi ditimpa azab Allah.
TEMA PERBINCANGAN SURAH AL MASAD
1. KEBANGGAAN PADA NAMA GELARAN
Surah Al Masad merupakan satu-satunya surah yang diturunkan untuk menceritakan dua orang musuh Rasulullah S.A.W yang paling ketat. Surah ini diturunkan pada waktu Abu Lahab masih hidup. Kalimah Tabba pada ayat 1 merujuk kepada binasanya tangan Abu Lahab yang berlaku secara perlahan-lahan.
Lahab merujuk kepada keadaan api merah yang menjulang-julang. Abu Lahab memperoleh nama gelaran tersebut kerana dia mempunyai parut kesan daripada pedang panas yang dihunuskan ke Abu Lahab pada waktu peperangan. Mengikut konteks zaman dahulu, parut peperangan merupakan tanda “kelakian” seseorang itu.
Ulama’ menafsirkan bahawa Allah menyatakan nama panggilan itu bersesuaian dengan “masa depan” yang bakal menemui Abu Lahab, iaitu pembalasan dari api neraka.
2. ISTERI SEBAGAI AGEN PENYATUAN MASYARAKAT
Isteri Abu Lahab diceritakan kisahnya pada ayat ke-4. Allah tidak memberitahu nama isteri Abu Lahab secara spesifik di dalam ayat ini agar ayat ini bersifat universal dan kita yang membaca pada zaman ini dapat membuat hubung-kait dan menjadi peringatan buat diri.
Perkataan zauj dan imraah merujuk kepada isteri. Namun Allah menggunakan dua perkataan ini pada dua konteks yang berbeza.
Difahami bahawa salah satu objektif utama pembinaan institusi perkahwinan adalah untuk mengelakkan zina dan kemaksiatan. Objektif lain kepada perkahwinan adalah pada pembentukan dan penyatuan masyarakat/ummah yang dapat dicapai dengan melahirkan anak yang akan membesar menjadi ahli masyarakat.
Imraah digunakan apabila salah satu daripada objektif perkahwinan itu tidak tercapai. Ini dapat dilihat melalui surah Al Masad dan juga di dalam kisah sirah isteri Al-Aziz.
Walaubagaimanapun, harus dinyatakan bahawa Imraah tidak membawa konotasi negatif semata-mata. Ini dapat dilihat apabila Asiyah, isteri Firaun juga disebut sebagai Imraah di dalam Al Quran. Kita dapat lihat bahawa pengunaan perkataan ini membawa kesan besar di dalam Al Quran.
Isteri Abu Lahab tidak membantu kepada penyatuan masyarakat. Maka disini Allah mewujudkan terma “hammalatall hattob“.
Hammalah mempunyai dua erti :
Perbuatan itu berulang-ulang : Isteri Abu Lahab berterusan membawa kayu api dan ini mengambarkan keadaanya di dalam neraka nanti.
Karier seseorang – Hamba yang bekerja mencari kayu api atau pembakar. Di sini Allah ingin menunjukkan bahawa sehebat-hebat isteri Abu Lahab, dia tetap akan berakhir di dalam api neraka.
Ayat ke-5 diturunkan berdasarkan suatu kisah di mana isteri Abu Lahab pernah bersumpah pada tuhan-tuhan sembahannya bahawa benda yang paling berharga buatnya adalah rantai-rantai dilehernya dan demi memerangi Nabi Muhammad S.A.W, dia sanggup menjual rantai-rantai tersebut untuk mencapai objektif menjatuhkan kerja dakwah baginda. Pada ayat ini, Allah memberi gambaran bahawa dineraka kelak, isteri Abu Lahab akan dihina dengan cara yang sama dengan menggunakan rantai-rantai kesayangannya sebagai benda yang akan menyeksanya nanti.